Antara perkara yang menyebabkan seseorang itu susah hendak bangun beribadah pada waktu malam adalah
- Terlalu banyak makan dan minum. Menyebabkan badan jadi berat, letih, lesu dan malas.
- Jahil tentang kelebihan beribadah malam. Apabila jahil mengenainya, maka seseorang itu tidak teringin untuk melakukan ibadah tersebut.
- Kurang iman dan taqwanya kepada Allah SWT. Tidak berasa kasih dan rindu kepada Allah SWT.
- Orang yang berdosa tapi tidak berasa berdosa. Seseorang itu berasa tidak perlu bertaubat kepada Allah kerana mengikut pandangannya dia bersih dari dosa dan boleh terrselamat daripada azab neraka.
- Hati tidak mencintai syurga dan tidak takut akan neraka.
- Tidak mempunyai azam dan cita-cita yang kuat
- Mencintai tidur dan rehat yang berlebihan.
- Tidur tidak mengikut adab-adabnya dan tidak berniat untuk bangun beribadah.
- Hati mencintai dunia dan kesenangannya. Lupa akan akhirat.
Begitulah diantara perkara yang menyebabkan seseorang itu susah hendak bangun beribadah pada malam hari. Semoga kita terlepas daripada bersifat sedemikian
0 comments:
Post a Comment