Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts
0

Perkara yang menyebabkan susah bangun untuk ibadah malam



Antara perkara yang menyebabkan seseorang itu susah hendak bangun beribadah pada waktu malam adalah



  1. Terlalu banyak makan dan minum. Menyebabkan badan jadi berat, letih, lesu dan malas.

  2. Jahil tentang kelebihan beribadah malam. Apabila jahil mengenainya, maka seseorang itu tidak teringin untuk melakukan ibadah tersebut.

  3. Kurang iman dan taqwanya kepada Allah SWT. Tidak berasa kasih dan rindu kepada Allah SWT.

  4. Orang yang berdosa tapi tidak berasa berdosa. Seseorang itu berasa tidak perlu bertaubat kepada Allah kerana mengikut pandangannya dia bersih dari dosa dan boleh terrselamat daripada azab neraka.

  5. Hati tidak mencintai syurga dan tidak takut akan neraka.

  6. Tidak mempunyai azam dan cita-cita yang kuat

  7. Mencintai tidur dan rehat yang berlebihan.

  8. Tidur tidak mengikut adab-adabnya dan tidak berniat untuk bangun beribadah.

  9. Hati mencintai dunia dan kesenangannya. Lupa akan akhirat.

Begitulah diantara perkara yang menyebabkan seseorang itu susah hendak bangun beribadah pada malam hari. Semoga kita terlepas daripada bersifat sedemikian

kredit gambar:junaidiahmad
0

Sebab yang memudahkan bangun beribadah di tengah malam




Jika seseorang itu ingin mudah bangun di tengah malam untuk beribadah maka ikutlah cara-cara berikut:



  1. Perut kita janganlah terlalu kenyang pada waktu malam, lebih-lebih lagi ketika hendak tidur. Hal ini menyebabkan kita terasa sangat mengantuk dan malas. Jika perut tidak terlalu kenyang, ia kan memudahkan kita bangun di malam hari.

  2. Membiasakan diri tidur sebentar sebelum masuk waktu Zohor, dan tidut ini hukumnya sunat. Apabila kita dapat tidur sebentar di siang hari kita kurang rasa mengantuk bila bangun malam nanti. Tapi awas jangan pula sampai terlalu banyak tidur pada siang hari, kerana dikhuatiri membawa malas juga pada malam hari. Tidur selepas sembahyang subuh dan selepas sembahyang asar juga adalah tidak digalakkan. Kerana menurut keterangan, tidur selepas sembahyang subuh akan membawa seseorang menjadi papa, sama ada papa ilmu atau papa iman. Manakala tidur selepas solat fardhu asar boleh mewarisi gila. Wallahu'alam.

  3. Yakin bahawa beribadah di tengah malam itu suatu tanda kemuliaan. Kerana itu adalah satu tanda menunjukkan kecintaan terhadap Allah. Jika kita yakin itu adalah suatu kemuliaan, maka akan kuatlah azam dan usaha kita untuk melaksanakannya.

  4. Hendaklah kita benar-benar faham tentang keutamaan beribadah di tengah malam. Terbitlah azam daripadanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.


kredit gambar:darmawan
0

Kelebihan Qiamullail




Perkataan Qiamullail (Qiam) itu tidak asing lagi bagi masyarakat Islam. Maksud Qiam adalah bangun malam untuk beribadat kepada Allah SWT. Ibadah-ibadah tersebut adalah seperti sembahyang sunat, bertasbih, berdoa, bertaubat, zikir dan membesarkan Allah SWT.

Bangun beribadat di malam hari ini adalah perintah Allah SWT yang bermaksud;

"Dan sebahagian daripada malam sujudlah kamu kepada-Nya (Allah) dan berbaktilah kepada-Nya di malam yang panjang." Surah Al Insan: 26

Firman-Nya lagi yang bermaksud;

"Dan sebahagian daripada malam hendaklah kamu
sembahyang tahajud, sebagai sembahyang untukmu, mudah-mudahan tuhanmu mengangkat akan kamu ke satu tempat yang terpuji." Surah Al Israk: 79

Dalam ayat yang lain Allah SWT menerangkan dalam Surah Al Israk: 78-79 yang bermaksud;

"Dirikanlah sembahyang selepas tergelincir matahari sampai gelap malam (dirikanlah pula sembahyang) subuh. Sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat). dan pada sebahagian malam hari sembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tembahan bagimu, mudah-mudahan Allah mengangkat kamu ke makam (darjat) yang terpuji."

Jelaslah bahawa dalam sembahyang malam itu mempunyai pelbagai kebaikan. Menurut kajian sains pula, udara pada waktu sepertiga malam yang dicadangkan untuk kita sembahyang malam mempunyai udara yang cukup baik dan bersih. Jadi apa tunggu lagi? Mari kita sama-sama memperbaiki diri, amalan dan hubungan kita dengan-Nya

kredit gambar:mesejabdul
 
Copyright © 2u1k!f1!
muhammadzulkifli.blogspot.com
Blogger Theme by BloggerThemes & Chethstudios
Design by Metalab