Jika seseorang itu ingin mudah bangun di tengah malam untuk beribadah maka ikutlah cara-cara berikut:
- Perut kita janganlah terlalu kenyang pada waktu malam, lebih-lebih lagi ketika hendak tidur. Hal ini menyebabkan kita terasa sangat mengantuk dan malas. Jika perut tidak terlalu kenyang, ia kan memudahkan kita bangun di malam hari.
- Membiasakan diri tidur sebentar sebelum masuk waktu Zohor, dan tidut ini hukumnya sunat. Apabila kita dapat tidur sebentar di siang hari kita kurang rasa mengantuk bila bangun malam nanti. Tapi awas jangan pula sampai terlalu banyak tidur pada siang hari, kerana dikhuatiri membawa malas juga pada malam hari. Tidur selepas sembahyang subuh dan selepas sembahyang asar juga adalah tidak digalakkan. Kerana menurut keterangan, tidur selepas sembahyang subuh akan membawa seseorang menjadi papa, sama ada papa ilmu atau papa iman. Manakala tidur selepas solat fardhu asar boleh mewarisi gila. Wallahu'alam.
- Yakin bahawa beribadah di tengah malam itu suatu tanda kemuliaan. Kerana itu adalah satu tanda menunjukkan kecintaan terhadap Allah. Jika kita yakin itu adalah suatu kemuliaan, maka akan kuatlah azam dan usaha kita untuk melaksanakannya.
- Hendaklah kita benar-benar faham tentang keutamaan beribadah di tengah malam. Terbitlah azam daripadanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment