Kelebihan Qiamullail




Perkataan Qiamullail (Qiam) itu tidak asing lagi bagi masyarakat Islam. Maksud Qiam adalah bangun malam untuk beribadat kepada Allah SWT. Ibadah-ibadah tersebut adalah seperti sembahyang sunat, bertasbih, berdoa, bertaubat, zikir dan membesarkan Allah SWT.

Bangun beribadat di malam hari ini adalah perintah Allah SWT yang bermaksud;

"Dan sebahagian daripada malam sujudlah kamu kepada-Nya (Allah) dan berbaktilah kepada-Nya di malam yang panjang." Surah Al Insan: 26

Firman-Nya lagi yang bermaksud;

"Dan sebahagian daripada malam hendaklah kamu
sembahyang tahajud, sebagai sembahyang untukmu, mudah-mudahan tuhanmu mengangkat akan kamu ke satu tempat yang terpuji." Surah Al Israk: 79

Dalam ayat yang lain Allah SWT menerangkan dalam Surah Al Israk: 78-79 yang bermaksud;

"Dirikanlah sembahyang selepas tergelincir matahari sampai gelap malam (dirikanlah pula sembahyang) subuh. Sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat). dan pada sebahagian malam hari sembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tembahan bagimu, mudah-mudahan Allah mengangkat kamu ke makam (darjat) yang terpuji."

Jelaslah bahawa dalam sembahyang malam itu mempunyai pelbagai kebaikan. Menurut kajian sains pula, udara pada waktu sepertiga malam yang dicadangkan untuk kita sembahyang malam mempunyai udara yang cukup baik dan bersih. Jadi apa tunggu lagi? Mari kita sama-sama memperbaiki diri, amalan dan hubungan kita dengan-Nya

kredit gambar:mesejabdul

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2u1k!f1!
muhammadzulkifli.blogspot.com
Blogger Theme by BloggerThemes & Chethstudios
Design by Metalab