Kita Selalu

Kita selalu kata,
Orang barat yang bawa budaya buruk.
Tapi seburuk-buruk mereka,
Perangai kita lagi buruk.

Mengapa dan bagaimana?,
Kita tahu mereka maju,
Kita pun berusaha mahu maju.
Kita tahu mereka berbudaya buruk,
Berzina, rasuah, riba dan penindasan jadi amalan mereka.
Tapi kita pun sama terikut dan amalkan budaya mereka.
Takkah buruknya perangai kita?

Kita selalu kata orang barat orang barat pakai baju seksi-seksi,
Tapi anak-anak gadis kita lagi seksi,
Lagi teruk sampai tak tahu malu.
Window shopping beli banyak baju,
Tapi semua yang dibeli x cukup kain,
Hairan sebab kalau x cukup kain pada bahagian dada,
Mesti ada yang kurang pasa bahagian kaki, terbelah.....
Oh, dah nyanyuk agaknya sebab lupa beli benang nak jahit bagi sambung,
kekekekeh.

Muda-mudi kita selalu risau,
Entah pasangan sakit ke tidak?,
Dah makan ke belum?,
Tapi kalau ada pun sikit saja yang risau tak pe ke dating camni?,
Tak pe ke pegang tangan?,
Dah solat?
Ada ngaji?
Aish.... Ingat-ingat la sendiri kan?

p/s:Aku pun tergolong juga la dalam kelompok ni.
kalau x semua ada jugalah silap aku dalam ni,
kekekeh.
Yang penting sama-sama la kita maju bersama.
Kepada yang membaca tulisan ni, walau siapa pun kamu.. aku doakan korang dan diri aku sendiri dapat berubah kepada yang baik. kan? kan? kan?

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2u1k!f1!
muhammadzulkifli.blogspot.com
Blogger Theme by BloggerThemes & Chethstudios
Design by Metalab